CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Kongsi

Hehehehe cube teka entry ni berkenaan ape??Kongsi??? "Lu langsi lu mati??" hehehe teettttt..salah... hehehehe mcm blog dakwah pulak..hehehehe ade request dari pembaca..mintak sharekan....Solat tahajud...
so ni nk share lah..sy pernah terbace tapi xingat lak kat mane..Nabi Muhammad SAW  akan buat solat tahajud atau dhuha...andai mlm baginda x bangun solat tahajud..esk pg die akan buat Dhuha..maknanye..mcm couple la..tp salah satu MESTI buat~
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 
Kurniaan di dunia:

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
(Ada x tanda-tanda ni dalam diri kite???Ada??? Tak ada???xpelah..yg penting ade lepas ni..Insya...)


Empat perkara di akhirat:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Ok..duk sibuk2 aku ni bebel psl kelebihan..tapi mcamane cara nye??Heheheh mesti rmi yg tahu..tp xpelah sekadar berkongsi je...mudah...yg penting..
1. Syaratnye kene TIDUR!!!
2. Bangun dari tidur
3. Amek wudu' & Solat...
Cara solat :  
1. Niat : 
  • أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
    "Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana ALLAH"
2. Rakaat pertama : Al-Fatihah + Al-Kafirun
Al-Kafirun: Mula ayat...


3. Rakaat kedua: Al-Fatihah + Al Ikhlas
Al-Ikhlas: Mula ayat...
 
4. Sujud akhir baca sebanyak 11x
                                                                Surah Al-Isra:80
“Wahai Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “ 
 
(yg ni if payah nk hafal yg bhsa arab..hafal je yg bhsa melayu..mase sujud akhir nanti baca dalm hati..jgn lafaz lak!!!no no dlm solat kene bhsa arab je k kengkawan..bhsa lain baca dlm hati k...)
  • Doa lepas solat...
Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala pujian. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji,an Pemancar cahaya langit dan bumi. dan segala isinya  Engkaulah yang hak(benar) dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah benar dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan nabi-nabi itu benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Maka ampunilah dosa-dosa kami yang telah lalu dan yang akan dtg, dosa yang aku sembunyikan dan yang aku dedahkan dan Dikaulah yang lebih mengetahui diriku, Dikaulah yg terdahulu dan yang terkemudian, tiada Tuhan melainkan Engkau, dan tiada daya dan kekuatan melainkan Engkau (ALLAH) jua.


p/s:Mudahkan??? yok!!Bulan rejab ni sekarang..bulan ALLAH..Insya..segala doa dimakbulkan....agak2 terjaga nk g toilet ke..terjaga nak minum ke..amek wudu' jap..2 rakaat je pun...Kan dah tahu ganjaran?? kenapa nk take  things 4 granted..buatlah..mula2 niat je dulu..Insya..esk2 akan lakukan gak..pape psg niat dulu then KENE lah buat..heeeeee :) 
 

Wednesday, June 15, 2011

خسوف القمر

Ok..paham da bhsa arab tu??hehehehehe yg membawa maksud gerhana bulan..ALLAHUAKHBAR!! ALLAH the graetest! 

Sooo..pg ni 16/6/2011 akan berlaku gerhana bulan sekitar 1.30am-4 am kot...mengikut dari pembacaan mr.google aku..tahun ini akan berlaku 2 kali gerhana bulan..satu lagi pada 10 Dec nnti...

So apa yg bakal berlaku nanti adalah seperti gambarajah di bwh :




Jenis-jenis gerhana bulan;

Gerhana bulan total
Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.

Gerhana bulan sebagian
Pada gerhana ini, tidak seluruh bagian bulan terhalangi dari matahari oleh bumi. Sedangkan sebagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada sebagian sinar matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana bulan penumbra
Pada gerhana ini, seluruh bagian bulan berada di bagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

  • Apabila berlaku gerhana maka kita disunatkan solat sunat gerhana yang pernah dilakukan oleh nabi s.a.w.
Solat Gerhana atau solat kusufain sesuai dengan namanya dilakukan saat terjadi gerhana samaada bulan ataupun matahari. Solat yang dilakukan saat gerhana bulan disebut dengan solat khusuf sedangkan saat gerhana matahari disebut dengan solat kusuf.

Hadits yang menjadi dalil solat gerhana ialah:

"Telah terjadi gerhana matahari pada hari wafatnya Ibrahim putera Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam. Berkatalah manusia: Telah terjadi gerhana matahari kerana wafatnya Ibrahim. Maka bersabdalah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam "Bahwasanya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah mempertakutkan hamba-hambaNya dengan keduanya. Matahari gerhana, bukanlah kerana matinya seseorang atau lahirnya. Maka apabila kamu melihat yang demikian, maka hendaklah kamu solat dan berdoa sehingga habis gerhana." (HR. Bukhari & Muslim)

Cara solat gerhana
Solat gerhana dilakukan dua rakaat (4 kali ruku’, 4 fatihah dan 4 sujud)
1. rakaat pertama, setelah ruku’ dan I’tidal membaca Al Fatihah lagi kemudian ruku’ dan I’tidal kembali setelah itu sujud sebagaimana biasa. Begitu pula pada rakaat kedua.

2. Bacaan Al Fatihah pada solat gerhana bulan dinyaringkan sedangkan pada gerhana matahari tidak. Dalam membaca surah yang sunat pada tiap raka'at, disunatkan membaca yang panjang. 
  • Hukum shalat gerhana adalah sunat muakkad berdasarkan hadits Aisyah Radhiallaahu anha. Nabi dan para shahabat melakukan di masjid dengan tanpa adzan dan iqamah.
  • BOLE JUGA DILAKUKAN SEPERTI SOLAT BIASA DUA RAKAAT DGN 2 RUKU'.

Wednesday, June 1, 2011

Rejab

Assalammualaikum....

Buat teman-teman dah masuk bulan Jun dah sekrang..Harini 2hb Jun..esk 3Jun bersamaan dgn 1 Rejab..Selamat datang bulan Rejab..Sekadar berkongsi~ 

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

p/s: Marilah berpuasa sambil mbayar ganti puasa tahun lepas buat rakan-rakan yg masih x settle lagi..heeeeeeeeee :)